Isnin, Januari 16, 2012

puisi cinta untuk kamu

puisi cinta untuk kamu
di ujung minggu
dimana semua yang bersinar terasa pudar
semua yang berkilau seketika redup
semua yang hidup seakan pergi.

itulah saat di mana
aku termenung sendiri , aku menanti
petang baru menjelang
mega hitam menutup mentari.

tiba tiba malam menyusul
aku sendiri
memikirkanmu yang sempurna
memikirkanmu yang menjadi cahaya.

Ahad, Januari 15, 2012

Mutiara Kata

Hidup ibarat jalan sehala..
Kematian menanti di penhujungnya..
Jadi berhatilah jejak masa..
Jangan biarkan hati jadi mati..
Lalu tenggelam dilautan dosa..
Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi... 
Kasih ALLAH tiada bertepi, Sayang ALLAH janjiNya pasti...
untuk yg bergelar muslimah semoga hijab menjadi pakaianmu , semoga kesucian menjadi amalanmu , semoga kesopanan menjadi perhiasanmu , semoga syurga menjadi tempatmu ..•.♥•....•.♥• Barangkali kita tertanya2, dimana terbitnya rasa bahagia yg tidak terperi ini... Bahagia itu terletak pada iman dan iman itu terletak pada hati dan tiada siapa yang berkuasa keatas hati kita melainkan Allah swt, ketahuilah rasa bahagia itu sebenarnya ada dalam hati kita...wujudnya natijah penyerahan dan pengabdian diri kita secara mutlak kepada ILLAHI

Kewajipan Solat



Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). 


Bagi 6 balasan semasa hidup :
1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :

1. Mati didalam keadaan memalukan
2. Mati didalam keadaan lapar.
3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!

Mulakan cukupkan solat lima waktu kerana ini perkara pertama disoal dikubur nanti. Jika ini tidak cukup lihatLAH betapa bermasaalahnya hidup kita. Tidak akan bahagia mereka yang engkarvpada Allah. Jangan tertipu dgn kekayaan dan sanjungan manusia. Biar kita terkenal dikalangan makhluk dilangit bukan dibumi..

Sabtu, Januari 14, 2012

BERMULANYA SEBUAH PENGORBANAN

BERMULANYA SEBUAH PENGORBANAN
Dimana usulnya Aidiladha??...
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Siti Hajar berkata, "mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur, tapi kalau mimpi itu merupakan wahyu wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibuya, Ismail berkata kepada bapanya, "ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah swt, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."

Keesokan harinya Nabi Ibrahim membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Orang ramai mengetahui tentang berita Nabi Ibrahim hendak menyembelih puteranya. Orang ramai merasa takut dan mengatakan Nabi Ibrahim gila. Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah swt terhadapnya.

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, anaknya berkata, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkuh tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim melaksanakan perintah yang Allah swt perintahkan dalam mimpinya. Baginda mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Darah terpecik mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar dan membuka penutup matanya. Nabi Ibrahim sangat terperanjat apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah swt, kedua-duanya berpelukan sambil bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksana amanat dari Allah swt.

Ainul Mardhiah


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...